(Video) ‘Mereka Tiada Anak’ – Kesetiaan Lelaki Warga Emas Jaga Isteri Di Hospital Buat Netizen Terharu

 

Baru-baru ini, kisah ‘abang Tesla’ menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen apabila dia iaitu seorang influencer terkenal di TikTok membuat ‘kejutan’ memuat naik sebuah video bernikah buat kali kedua.

Terbaharu, sebuah video memaparkan kesetiaan seorang lelaki warga emas berada di samping isteri yang sedang terbaring di atas katil hospital pula telah tular di TikTok.

Terbaharu, sebuah video memaparkan kesetiaan seorang lelaki warga emas berada di samping isteri yang sedang terbaring di atas katil hospital pula telah tular di TikTok.

Menerusi video itu, pakcik tersebut dikatakan sentiasa menemai isterinya yang kurang sihat di hospital dan selalu memberi kata-kata semangat sebelum pulang kerana waktu melawat sudah habis.

Difahamkan, pasangan warga emas tersebut tidak mempunyai cahaya mata sendiri tetapi tetap bahagia bersama walaupun diuji.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa gembira melihat hubungan pasangan terbabit walaupun tidak memiliki cahaya mata.

Komen netizen:

Bukan itu sahaja, para netizen turut mendoakan kesihatan pasangan warga emas tersebut dan berharap kasih sayang mereka akan berkekalan. Segelintir netizen juga mengatakan ‘abang Tesla’ sepatutnya belajar daripada pasangan ini kerana miliki cahaya mata bukanlah satu-satunya kebahagiaan.

Sumber Vocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related Posts: